Assalamualaikum
Harini terbaca
satu post dari satu blog nih berkenaan wanita dan RAHIM.. credit kat blog http://penpatah.blogspot.com
..oipp RAHIM ? jangan salah anggap yer .. Ini rahim yang lain k .. wanita
banyak sangat keistimewaan dia yang adakala kita sedar dan tidak sedar kan .. bagi
semua yang berjantina “F” ketahuilah yang diri anda begitu berharga *cem iklan
Loreal pulak*..
Ok act cha nak
share apa yang cha baca dan copy dari blog tu iaitu :-
- 6 SEBAB BERUNTUNGNYA WANITA MEMPUNYAI RAHIM –
1. Dia bekerja dengan
Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7
sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu
itu sembahyang terbaik darinya..
2. Cuti bersalin juga sehingga
60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia
bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang
wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
3. Satu lagi berita gembira
untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan
dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri
kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada
tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati
syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.
4. Untuk peringatan semua
wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..
5. Diakhirat nanti seorang
wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima
diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya
tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia
lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia
tak akan dapat pahala extra ini..
6. Manakala suami pula
mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak
isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang
lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar
tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita
& isteri agar tidak derhaka denganNYA…….
Macam satu lagu ni dok kata dari kumpulan IN-TEAM
“wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita
solehah”
Bersyukurlah kita kerana dilahirkan sebagai seorang
kaum hawa , tapi ada jugak yang tak mensyukuri nikmat sebagai kaum hawa ni .
sanggup ubah hatnu hatni . apa-apa pon kita berdoalah mohon Allah bagi petunjuk
kat depa , sedaq diri yang jadi kaum hawa ni adalah sebaik-baik ciptaan-NYA .
moga kita jugak dapat berubah menjadi muslimah yang solehah . AMIN