Showing posts with label TIP-TIP SIHAT DAN CANTIK. Show all posts
Showing posts with label TIP-TIP SIHAT DAN CANTIK. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

TIP-TIP KESIHATAN DAN KECANTIKAN UNTUK WANITA


Assalamualaikum

Sepertimana yang kita tahu , kecantikan dan kesihatan ni merupakan salah satu perkara yang kita semua sedia maklum ianya PENTING . kecantikan dan kesihatan yang baik ni tak hanya khusus untuk golongan muda sahaja kan . semua golongan umur pun harus menitikberatkan hal-hal berkaitan diri kan. cha tak nafikan yang kaum hawa lebih mementingkan kecantikan luaran berbanding dgn kesihatan dalaman , *adakalanya cha pun begitu* manakala sebaliknya pulak bg kaum adam nih . kaum adam ni jarang sekali kita nak jumpa yang betul2 care pasai kecantikan diri *ok ayat macam tak sesuai* mungkin patut ditukar dengan ayat KETAMPANAN , diorang lebih cenderung care about kesihatan sebab tula susah nauu nak jumpa orang laki pengsan lah apa kan . hehehe and nononono anda semua harus tahu yg kecantikan luaran akan lebih terserlah jika kesihatan dalaman terjaga dengan baik *wah mcm iklan PANTENE . and so kita semua kena balancekan antara kecantikan luaran dan kesihatan dalaman ya .
mari kita baca dan cuba amalkan tip-tip yang cha nak kongsikan dgn kamu-kamu semua ...

  • Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari.Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

  • Sentiasa bersenam. Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

  • Minum banyak air. Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

  • Makanan tambahan. Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.


Jadi harap kamu semua boleh jadikan tips ni sebagai panduan untuk dapatkan hidup yang lebih berkualiti .  

.SELAMAT BERAMAL .